Sunday 8 December 2013

malam itu..


Malam itu aku terasa kehilangan.


Sedang dia tidak pernah memberi.

Apa lagi mahu mengambil kembali.

Tangis sembunyi di balik kegelapan.

Pedih sakit tanpa sebab.

Namun cepat diseka air mata.



Lalu aku bertanya pada diri.

"Aku siapa?"

"Kau siapa?"
"Kita kenapa?"


Dan setiap persoalan aku jawab sendiri.


Penuh selirat bertambah gentar.



Kini aku tahu.



Mungkin aku sedar.



Aku terlalu bergantung pada manusia.


"Aku lupa Dia ada."

Menangis lagi.

Hidup penuh emosi.


Biarkan lelah membanjiri.



Biar aku merangkak mempelajari.


Cara memakna hidup.

"Terima kasih kerna kau juga telah mengajar."

Senyum.


Ikhlas.

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Thursday 14 November 2013

Semua orang rasa sakit bila ditinggalkan..



Tipulah..Bila mulut cakap tak sakit, padahal hati rasa nak gugur bila ditinggalkan oleh orang yg kita sayang..

Tipulah ..Bila tiap-tiap hari simpan niat dalam diri yang kita akan lupakan dia..padahal dia jugak yang muncul dalam kotak memori bersama dengan kenangan yang ada..

Tipulah..Bila kita cakap tak nak kisah pasal dia..dan akhirnya dia juga yang kita kisah dan cuba ambil tahu kehidupan dia macam mana..

Tipulah..Bila diri ni pernah simpan niat,bahawa kita takkan pernah menangis kerana dia..dan akhirnya dia juga yg kita tangisi..

Serius..diri ni pernah rasa semua tu..pernah rasa saat-saat sakit sampai demam bila ditinggalkan..
Pernah rasa semangat dalam diri ni hilang seperti hilangnya dia dari hidup ni..

Tapi ..Sungguh Allah itu Maha hebat..disaat diri ni rasa kehilangan..Dekat Dia juga diri ni menangis dan memohon supaya ditarik rasa sakit dihati ni..
Dekat Dia juga diri ni mohon sungguh-sungguh ..banyak-banyak kali..supaya dihilangkan beban kecewa dihati ni..
Dekat Dia juga,diri ni berdoa supaya dibantu diri hambaNya yang lemah ini supaya redha atas kehilangan dia  agar Allah juga redhai perjalanan hidup kita..

Dan..setiap kali itulah..rasa ditiup semangat dan kata-kata dalam diri ni..bahawa ada orang lain lagi susah daripada ku..lagi sedih hidupnya daripada ku..Dan setiap kali itu juga diri ni dapat rasa..akal fikiranku seperti menasihati supaya Bersabar dan Redha atas apa jua ketentuan dan takdir yang sudah lama Allah tetapkan.
.
Dan makin lama,diri ni mula memahami..mula menjadi lebih kuat..mula belajar senyum dengan ikhlas…mula menyimpan azam menjadi muslimah yang lebih baik..dan mula belajar melepaskan dia..

Sungguh memang diri ni faham..sangat-sangat faham hati memang sakit bila ditinggalkan orang yang kita sayang..Tapi selalu mesti ada sebab..Selalu mesti ada hikmah Allah nak tunjuk..Selalu mesti ada benda Allah nak ajar..Bersyukurlah atas nikmat lain yang masih kau miliki..

Kalau diikutkan masih banyak nikmat yang Allah dah bagi..diberi mata supaya dapat melihat keindahan ciptaan Allah yang maha hebat..diberi hidung supaya dpat menghirup nafas segar milik Allah yang sangat menyenangkan hati..dan banyak lgi nikmat lain yang Allah bagi secara PERCUMA!

Maka,
Pandanglah pada hikmahnya atas kehilangan..bukan kesedihannya..
Pandanglah pada manisnya kehilangan..bukan pahitnya..
Berdoalah yang baik-baik kepada dia..bukannya makian..Allah pasti menggantikan yang lebih baik daripada dia..Yakinlah kepada Allah ..


Jangan lupa..jadilah hamba Allah yang lebih baik akhlaknya,imannya,taqwanya..sebab lelaki yang baik utk wanita yang baik..begitu juga sebaliknya .. :)






JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Wednesday 6 November 2013

Tuesday 5 November 2013

8 janji Allah yang tidak akan dimungkiri…



1. Apa yang disedekahkan dan dikorbankan secara ikhlas Allah akan kembalikan..

2. Mereka yang sakit dan sabar Allah akan menghapuskan dosa-dosanya yang lalu…

3. Mereka yang ditimpa musibah kemudianbersabar Allah akan mengangkat darjatnya…

4. Mereka yang menutup aib orang lain Allah akan menutup aib dirinya dunia dan akhirat….

5. Mereka yang berdoa kepada Allah, Allah akan memakbulkan sama ada cepat atau lambat…

6. Mereka yang memaafkan kesalahan orang lain terhadap dirinya Allah akan memuliakannya….

7. Mereka yang cukup solat 5 waktu dengan sempurna Allah akan memasukkanya ke dalam syurga….

8. Mereka yang berdosa kemudian bertaubat dan beramal soleh Allah akan menggantikan dosa-dosa 

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

AKU BUKAN MALAIKAT: 41 darjat wanita


1.Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia”.

2.Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memelihara auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.

3.Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.

4.Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.

5.Seorang wanita jahat adalah lebih buruk dari daripada 1000 lelaki jahat.

6.Wanita yang menguli tepung dan gandum dengan Bismillah, Allah akan berkati rezekinya.

7.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai di Baitullah.

8.Wanita yang memerah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

9.Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang senantiasa menangis karena takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah diharamkan api neraka atas tubuhnya.

10.Barang siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa menyukai anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

11.Barang siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah Syurga.

12.Daripada Aisyah “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang daripada api Neraka.

13.Surga itu dibawah telapak kaki ibu.

14.Apabila kedua ibu dan bapamu memanggil, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.

15.Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan tertutup pintu Neraka dan terbuka pintu-pintu Syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa dihisab.

16.Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

17.Perempuan apabila solat 5 waktu, puasa Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan suaminya, masuklah dia dari pintu Syurga mana saja yang dia kehendaki.

18.Wanita yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

19.Jika wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

20.Aisyah r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya”.“Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah “Ibunya”.

21.Setiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T memasukkan dia ke dalam Syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun).

22.Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang, akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

23.Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas, jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapatkan pahala 7 tola perak.

24.Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki Syurga.

25.Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.

26.Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumah tangganya akan masuk Syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam Syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

27.Apabila seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan
.
28.2 rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.

29.Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.

30.Wanita yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada malam hari.

31.Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.

32.Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

33.Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

34.Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid.

35.Apabila telah lahir anak lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

36.Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup waktu (2 1/2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa Syurga wajib baginya.

37.Jika wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

38.Wanita yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

39.Apabila semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.

40.Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia menghiburkan hatianaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.

41.Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W) di dalam syurga 

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Sunday 3 November 2013

wanita itu

Dia gadis biasa
Tiada berkedudukan
Tidak bergaya
Tidak mesra
Dan kadangkala memencilkan diri daripada kelompok manusia.

Dia ketawa,
Namun ketawanya hanya mempamerkan segaris senyuman
Dia menangis,
Namun tangisannya tiada didengari manusia

Orang berkata;

‘Kau sombong.’
Dia tersenyum
‘Kau berpura-pura baik’
Dia tersenyum lagi.

Berpaling mukanya ke suatu sudut,

Hatinya bagai dihempap beban yang berat,
Mengalir air matanya. Sayu.
Sungguh, dia bukanlah seteguh Siti Khadijah.
Sungguh, dia tidak sekental Robeatul Adawiyah.
Sungguh, dia tidak sekuat Fatimah.

Dia bukan yang cantik.
Dia tidak sesolehah yang lain.
Dia akui dia tidak sempurna.
Dia bukan seorang Hafizah.
dan seringkali lalai dalam agama.

Dalam tangisannya,
Hatinya kuat berkata;


‘Hidup bukan untuk membuatkan orang suka, kerana redha Allah bukan milik manusia.’

Dia mengesat perlahan pipinya.
Bangkit melangkah laju.


“Aku hanyalah gadis biasa, tidak mungkin akan sempurna.
Namun… wanita solehah itu pelengkap dunia- dan pelengkap itu sempurna.”

Itulah dia.
Dia yang mahu redha Allah.
Dia yang mahu Syurga Allah.
Dia yang gigih mahu berdiri di kalangan yang soleh.

Senyum.



JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Monday 28 October 2013

Alahai hati..


Entah kenapa,

Air mata begitu degil sekali,
Puas diseka , puas dipujuk,
Tapi tetap juga mengalir,

Selebat awan yg juga menangis dikala ini,
Dalam diam, aku tiupkan semangat,

Aku berbisik,
” Wahai hati, kuatlah, Allah ada,
Allah tahu perit dihatimu,
Allah sentiasa disisimu,

Sudahlah, bangun , jgn menyerah,
jangan bersedih . ”

Dengan sedikit kekuatan yg ada,
Aku seka perlahan air mata yg mengalir,
Bisikan tadi mampu membuat aku tersenyum,
Yakin aku menyahut,

Ya, Allah ada, Allah takkan tinggalkan hambanya !

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Friday 25 October 2013

Dear awak

Akulah orang itu.
Yang akan ada untuk kau.
Sehingga kau jumpa dengan seseorang yang lebih baik dari aku.
Seseorang yang akan memberi rasa yang lebih dari aku.

Akulah orang itu.
Yang akan selalu ada untuk kau.
Kala lewat malam juga awal pagi.
Yang memastikan hari-hari kau berlalu dengan baik.

Akulah orang itu.
Yang sedar bukan sempurna.
Yang sedar bukan terbaik.
Atau aku bukanlah yang punya segala kelebihan.
Tetapi, aku akan selalu ada untuk kau.
Sehingga kau jumpa dengan seseorang yang boleh kau beri hati lebih dari aku.

Akulah orang itu.
Seorang kekasih yang tak dianggap,
sehingga bila aku tiada pun…tak mengapa.

:'(


alhamdulillah Allah masih bagi kesempatan untuk jumpa MR.F tadi..
jujur.. rasa   sayang.. rindu aq untuk dy..
masih sama seperti dulu..
tak pernah berubah..
dan yang pastinya
tak akan berubah.

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Thursday 24 October 2013

A guy, still searching for the true love


Terjumpa post neyh dekat tumblr.. renungkan dan selamat beramal

Peringatan utk Lelaki dan Perempuan..


Assalamualaikum,
saya minta maaf. dah lama saya termenung, fikir pasal surat ni, itu mungkin cerita awak sebagai perempuan, tapi percayalah, tak semua lelaki yang suka ajak perempuan buat maksiat.

bukannya berzina lagi, dah berdosa juga.
errm, malas nak fikir panjang-panjang,
saya kan sekolah lagi..

tapi masa saya di sekolah, boleh kata saya kira baik la,
saya tak hisap rokok, sebab saya tahu mende tu tak bagi faedah pun,
tapi saya pun bukannya skema, pernah jugak ponteng kelas sekali dua.
biasa2 je.hehe.

tapi sejak saya masuk u,
saya tengok pergaulan bebas antara lelaki dengan perempuan,
memang sangat ketara,
ye la, kat sini ikut suka kita nak buat apa,
tak macam kat sekolah,
nak jumpa awek pun sorok2 kat belakang stor dekat padang,
takut warden nampak,
tapi itu dulu,

sekarang saya dah dekat u,
saya tengok ramai perempuan tak pakai tudung,
ada yang pakai tudung, ok la.
tapi baju pulak hmm, seluar pulak alamakkk.
ada jugak baju dah labuh, seluar dah longgar,
tapi tudung pulak tak tutup dada,
nampak segala apa yang kami kaum lelaki ni takde,
adui, camne nak jaga iman ni?

tapi saya still control lagi,
saya still ingat Allah larang kita dekat dengan zina.
sampai satu hari,
ada sorang perempuan cakap yang dia suka saya.
dia cantik, pakai tudung,
dan dia baik juga.
zaman sekarang ni, perempuan makin berani tunjuk2 ‘hint’,
mula-mula just nak kawan, sms nak share masalah,
kalau pegi shopping atau holiday mana2, mesti dia ada beli something kat saya,
mula-mula saya tak layan sangat jugak,
takut jugak ‘ter’bagi harapan kat orang perempuan ni,
mereka mudah sangat perasan,
layan sikit, terus ingat kita suka dia.
perempuan~

lama-lama,
dia dah berani call saya,
dengan suara perempuan yang memang lembut mendayu-dayu,
naik luruh jantung saya dengar,
dia minta tolong saya belikan set kfc zinger burger,
adui. banyak kali saya fikir nak beli ke tak,
puas saya cari alasan,
saya tak nak timbul fitnah.
tapi dia cakap dia gastrik,
hati saya mula timbul kesian,
saya beli makanan dan bagi kat dia.

mula-mula memang asalnya kesian je,
tapi lama-lama saya rasa best pulak,
ada orang nak msg saya,
kejutkan solat Subuh,
ada orang yang nak dengar masalah saya,
ada orang yang nak bg hadiah pada saya,
tambah-tambah kawan-kawan dekat kolej saya ni,
memang majoriti ada girlfren,
kira macam saya bertuah sangat2,
saya tak cari pun girlfren pun dah ada orang suka saya,
dah ada orang sayang saya!
eh, syooookkkk la pulak :))))
kau ada?

satu hari tu,
kami keluar berdua dekat satu tempat ni,
nak lintas jalan,
dia dah ada kat depan,
tiba2 ada kereta laju lalu kat jalan tu,
spontan saya tarik tangan dia.
zaaaappppp,
saya rasa berdebar,
saya rasa terkejut dengan tindakan saya,
rasa bersalah pun ada,
tapi niat saya nak selamatkan dia je…

yang paling buat saya lagiiiii terkejut,
dia senyum.
entah. tak faham apa yang dia fikir.
'dia tak marah ke aku pegang tangan dia?'
hati saya pelik.
dia senyum lagi, dan kata,
'Awak, terima kasih. sayang awak!'

saya senyum juga.
malas nak fikir panjang-panjang,
ohh. seronok nya. lembutnya tangan diaaaaaaa…
rasa nak pegang lagi.
'ha, gatal-gatal!'
akal saya marah.
tapi hati saya nak.

dan jujurnya,
saya makin lama, makin rasa sayang pada dia.
tak boleh kalau tak ber-sms,
tak pernah tak call even cakap selama satu minit,
ye la,
bila hati dah rindu,
bila hati dah sayang,
bila hati dah penuh dengan nafsu.

err.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
nafsu?
saya suka dia sebab nafsu ke?
saya cinta dia sebab nafsu ke?

'Tak!Kan saya nak ambil dia jadi isteri saya nanti!'
Hati saya marah.

'Awak pasti ke nak ambik dia jadi isteri?'
Entah dari mana suara tu datang,
Bunyi seakan mengejek.

entah,
tak tahu apa yang saya fikir time tu.
macam -macam perasaan,

tapi saya buat tak tahu,
biar dalam hati saya dah rasa macam,
'eh-betul-ke-apa-yang-aku-buat-ni?’

saya dan dia dah ter’couple’,
nak buat macam mana,
best la ada couple ni,
kawan-kawan selalu puji,
dia cantik,
even pakai tudung,
tapi stylo, bergaya kottt.
tambah-tambah dengan fesyen sekarang,
siapa yang tak kembang semangkuk? eh.

please, sama-sama jaga diri…

satu hari tu,
saya jumpa video ni.
video hilal asyraf.
tentang cinta.
cinta yang hakiki.

terpukul.
terpana.
terasa.

semua ada.
saya cinta dia.
tapi kenapa saya makin bawak dia ke neraka?

Astaghfirullah.

kalau betul saya cinta,
saya mesti nak bawa dia ke syurga,
tapi situasi saya?

saya terpaksa mengaku,
saya kalah dengan nafsu.
saya sebenarnya,
…ikut nafsu.

sepanjang hari,
lepas saya tengok video tu,
saya diam.
kawan ajak main bola,
saya bagi alasan,
member ajak lepak kat mamak,
saya tolak.

saya nak sendiri,
hp saya letak tepi, tekan punat off.
saya malu.

saya dah tak sanggup.
saya dah malu sangat-sangat depan Allah,

saya still solat,
saya kadang-kadang mengaji,
tapi saya buat maksiat jugak.
saya makin lalai,
endah tak endah tentang dosa.

saya rasa,
saya dah tahu kenapa Allah tak bagi dekati zina,
sebab nanti end up,
jadi macam saya.
dari sms, lepas tu call,
dengar suara, rasa nak jumpa,
bila dah terpegang tangan sekali,
rasa nak pegang banyak kali,
semua tu nafsu!

banyaknya dosa saya.
:”(

Allah,
Allah,
Allah.

saya bangun,
ambik wudhu,
solat sunat 2 rakaat,
saya mintak sangat2,
Allah ampunkan dosa-dosa saya,
Allah ampunkan dosa-dosa kita.
dan air mata jantan saya mengalir laju.
.

bila dah tenang sikit,
saya ‘text’ dia,
'Awak, this is not the right way. This is not the way that Allah bless. I let you go, and please let me go. I dont want to bring you to Jahannam, instead I'll pray for you to get the light from Allah. May Allah bless you and me…'

dan saya terus matikan hp.
buat kali kedua.

saya sedar.
susah.
tapi saya bergantung sepenuhnya pada Allah.
sebab Allah yang pegang hati saya, pegang hati dia.
saya tak nak berpaling lagi.

dan untuk hawa semuanya,
jangan terlalu murah,
jangan ambik kesempatan dengan kelemahan lelaki,
awak buat suara mendayu macam tu,
sembur perfume wangi,
pakai blous, skirt, selendang ala-ala hot gitu,
dah namanya lelaki,
kuat mana imannya,
mesti akan tergoda jugak.

jadi,
kena sama-sama jaga diri,
simpan godaan-godaan tu pada orang yang teristimewa, kelak.

dan sekarang,
saya terus begini,
mujahadah.

doa saya terus kuat.
doa supaya dia faham,
doa kita sama-sama dalam redhaNya.

Insha-Allah.

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Saturday 19 October 2013

Pernah?


Pernah tak kau rasa sayang sangat kat seseorang

sampai apa dia buat
apa dia cakap
apa dia fikir
apa dia dengar
apa dia percaya
apa dia suka
apa dia benci
semua kau nak tahu

sampai kau sanggup maafkan apa juga salah dia
kecil, besar, kau sanggup lupakan
sebab nak lupakan salah tu
lebih mudah dari kau pilih 
untuk lupakan dia

sampai dia kau letak paling atas
apa yang lain cakap
apa kanan kiri bisik
kau dengar tapi kau peduli apa
untuk buang dia, mustahil

sampai kau bukan setakat bayangkan
malah kau doakan 
yang di masa depan kau
dah tertulis
dia ada

sampai godaan lain
secantik sekacak mana
tak akan lebih cantik
tak akan lebih kacak
dari dia di mata kau

sampai mampu tertitis airmata kau
kalau dibayang hidup kau
tanpa ada dia
pernah?

p/s: Aku pernah.



salah satu puisi dari Sofa Biru


JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Thursday 17 October 2013

Hati




Hati, aku rindu kamu yang dulu
Hati yang tak mudah tersentuh
Hati yang tak mudah rapuh
Hatiku kini mudah terluka
Hatiku mudah hanyut dalam suatu perasaan
Terkadang ia salah dalam mengartikan suatu hubungan
Untuk hubungan yang tidak pasti pun, hatiku terkadang memilih tenggelam
Kini, aku harus berhati-hati menggunakan hati
Terlalu banyak goresan di hatiku
Terlalu banyak perekat yang kugunakan untuk hatiku
Hatiku tak lagi utuh
Hati semoga nanti kau jatuh pada orang yang tepat
Tak ada lagi luka yang tertancap
Hanya bahagia yang kau dapat

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Friday 11 October 2013

Orang tu, begitu. Kita ni bagaimana?



 "Orang tu pakai baju luar negara. Dia tak tahu, baju tu ada bulu babi. Haram"
        -Kita tak bangun subuh. Sama seperti berselimut dengan kulit babi.

"Orang tu makan dekat restoran tak ada tanda halal. Eeeii.. entah-entah daging tak sembelih"
        -Kita mengumpat. Umpama makan daging saudara yang busuk.

"Orang tu pembunuh. Bahaya!"
        -Kita fitnah orang. Dosanya lebih besar dari membunuh.

"Orang tu penzina tuu. Tiap minggu, kepit anak dara sapa entah"
        -Kita makan riba. Dosa riba paling ringgan adalah seperti berzina dengan mak sendiri.

"Orang tu tolak hudud. Dia kata hudud tak sesuai. Kafir tu!"
        -Kita tak mahu zakat. Kita tak mahu tutup aurat. Kita tak mahu solat. Kita tak mahu puasa, 
         dan lain-lain lagi. Bukankah menolak satu hukum daripada Al-quran, sama saja dosanya 
         dengan menolak hudud?



INTAI-INTAI DOSA ORANG. TAK REFLEKSI DOSA SENDIRI. CUKUPLAH INTAI-INTAI SILAP ORANG. BERDIRI DEPAN CERMIN, DAN PERHATI DIRI SENDIRI.





bambam

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Friday 4 October 2013

Sanah helwah Nor Farhanah Bt Abd kadir



Alhamdulillah... syukur masih dipanjangkan umur hingga ke hari ini..Hari neyh cukup 21 umurku.. :D
Sepanjang hari tak boleh nak berhenti senyum. hati manyak happy wo! haha.. So.. dikesempatan neyh, ana nak ucapkan ribuan terima kasih dekat semua yang wish birthday ana melalui Whatapps, BBM, Twitter, Facebook non stop dari pagi sampai la sekarang.. huhuhu.. terima kasih banyak-II for all the wishes.

Memulakan hari dengan senyuman lepas dapat wish dari mama abah sebelum pergi kerja.. I love them so much! Terharu sangat-II bile ada yang hantar video untuk wish birthday.. ada jugak yang sanggup tak tido semata-mata nak tunggu tepat pukul 12a.m sebab nak wish birthday dekat ana.. Allahu. tersentuh rasa hati.. Seiously, terasa diriku begitu berharga.. cewahh!! haha. And also thanks to him for the cake secret recipe petang tadi. Surprise katanya.. hewhew.



I'm officially 21..yeay!

I want to live my life without stress and worries, i dont need to be rich or famous, i just want to be happy...Berterima kasih atas masa lalu ku. Biar pun kini  tak sebahagia kawan-II sekeliling. Cukup dah rasa tenang sebegini. Terima kasih Allah.


JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Thursday 3 October 2013

Dulu


Dulu.
Kau kata kita kawan.
Susah senang harus bersama.
Perit luka harus dikongsi.
Tersirat terpendam harus diluahkan.
Kau kata kau akan sentiasa ada.
Untuk persahabatan.

Kini.
Setelah luka aku balut sendiri.
Setelah yang terdalam aku pendamkan.
Baru aku sedar.
Kau juga seperti mereka.
Bermain dengan perkataan.
Menari-nari atas nama persahabatan.

Terima kasih kawan.
Kini aku bahagia bersama tuhan

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Saturday 28 September 2013

Single

Kau ingat hati tu boleh diubah rasa bila-bila saja?
Kau ingat cinta tu boleh tumbuh dengan sekali hadap dan jumpa?
Kau ingat sayang tu boleh kau ada-adakan suka-suka?

Hidup sendiri bukan pilihan.
Hidup berdua biarpun kita berkehendakkan.
Tetap hanya akan terjadi dengan kehendak Tuhan.
Tetap berlaku bila Tuhan izinkan.
Tetap terjadi bila masanya dah sampai dan disempatkan.

Orang kahwin bukan semata-mata kerana cinta.
Tapi sebab Dia dah tulis jodoh kau dengan dia.
Dia izinkan kau kahwin dengan dia
Itu sebab utamanya.

Dan kau fikir.
Aku tak berusaha?
Hanya kerana kau nampak aku seorang diri.
Tak bermakna kau boleh cakap sesuka hati.
Usaha kita mungkin tak sama erti.

Doa yang aku kirimkan.
Tak akan aku canangkan.
Hanya kerana nak puaskan hati kau.

Usaha aku .
Walau tak seorang pun tahu.
Tapi Tuhan tahu.

Sebab,
Kehendak aku. Keperluan aku.
Yang cukupkan itu semua adalah Tuhan.


cengkih

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Saturday 14 September 2013

Putus


Cuba kau ambil getah
getah biasa cukup
yang ikat nasi lemak tu

dah?

Kau letak satu hujung di jari kanan
satu lagi kau letak di jari kiri
kemudian kau tarik keduanya
tarik lagi
lagi
sikit lagi

putus?

samalah percaya aku pada kau
kau regang habis
putus.



Sofa Biru



JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Biarkan ku luah semuanya

Dikala hari melabuhkan tirainya
Semakin petah si papan kekunci
berkata-II
Menjadi 'wakil' kepada mulut dan hati
yang tidak lagi mampu meluahkan rasa

Aku punya impian,
ingin bersama hingga ke akhirnya
Tak terduga badai melanda,
saat kasih dan sayang bersemi.

Muncul insan ketiga, 
atas sikap dan ketelanjuranmu.
Hebatkah dia?
Lemahkah aku?

Wahai hati,
ku pohon kau sentiasa kuat.
Tapi aku tahu,
ianya tak semudah ABC memujuk
hati yang terluka.

Dada sesak
Hati retak
Mata rabak
Jiwa koyak
Dia atau Aku menjadi pilihanmu?

Satu ku pohon,
aku mahu kau buka mata,
buka mata hati
lihat sekeliling
ingat ketika susah senang kau,
pahit getir kau menjalani kehidupan
siapa yang selalu menghulurkan tangan waktu kau jatuh
siapa yang sentiasa menjadi tulang belakang 
untuk menyokong kau,
siapa yang tak kenal siang malam
untuk bantu kau.
Aku pohon....Aku pohon...

Andai dia,
aku doa agar berbahagia.
Mungkin sebab dah tertulis,
kau bersama dia
Dan penyambung rusuk ini,
akan aku temui satu hari nanti.

Namun jika aku pilihanmu,
aku tetap memaafkanmu,
ikhlas dari hati.

Ya! mungkin akan ada suara
yang berkata aku 'bodoh'.
Biarkan,
mereka tidak rasa apa yang aku rasa.

Hanya 5 kata,
aku sabar kerana aku sayang.


JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Friday 13 September 2013

Tabahkan hatii..Kuatkan semangat



Mulutnya memang selalu ketawa,
Ceria sekali bila melihat bibirnya Selalu mengukirkan senyuman,
 Tapi yang kau lihat itu cuma luaran.
 Cuba kau lihat matanya,
Perhatikan matanya,
Biar tembus sampai ke hati

 Pasti kau akan nampak Ada lara dihatinya,
Ada duka yg cuba disembunyikan,
 Dan pasti kau akan lihat Ada titisan jernih ditubir matanya .
Titisan jernih itulah air mata tangisan
Tangisan sayu yg mampu dilepaskan dimalam hari
Yang pasti akan menambat hati sesiapa pun


Kadang-II terlalu pahit untuk menelan sebuah kenyataan yang meragut seluruh kepercayaan yang telah diberikan.. Aku tahu Allah cuma nak menguji hambanya ini. Tapi terkadang aku terfikir, seolah-olah hanya aku yang diturunkan ujian, hanya aku yang terpaksa menerima dan menelan segala kesakitan yang ada..




Allah... tabahkan hatiku... pinjamkan ku sedikit kekuatan..



Ikhlas..dari aku..

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Thursday 18 July 2013

No Title

Kawan : “Beb, kalau kau la, bekas kekasih kau, atau pun orang yang pernah istimewa untuk kau, yang dah ada orang lain, tiba-tiba suatu hari kembali pada kau, kau terima dia balik tak? Lepas dia dah lukakan hati kau, buat kau rasa separuh mati.”

Aku : “Ni soalan luar petala mana pulak keluar ni? Hahaha. Kenapa tanya aku?

Kawan : “Takda apa.”

Aku : “Bohong la kau. Mesti ada apa ni.Pasal dia ke?”

Kawan : “Dia mana? Ish kau ni pandai-pandai je.”

Aku : “Eleh kau ingat aku tak tau ke? Yang kau duk tulis kat facebook tu apanya.”

Kawan : “Yelah yelah yelah…pasal dia.”

Aku : “Kenapa?”

Kawan : “Aik? Kau tak boleh teka?”

Aku : “Tak. Takda mood. Kenapanya?”

Kawan : “Hmmm. Kau tau kan, dia pernah putus…baru je putus. Dan, kitorang mula rapat. Semalam…aku nampak dia dengan bekas pakwe dia…”

Aku : “Dah tu?”

Kawan : “Berapa peratus peluang kau rasa diorang akan kembali balik eh?”

Aku : “Berapa dalam kau dah jatuh hati dengan dia?”

Kawan : “Dalam kut.”

Aku : “Parah. Hahaha. Entahlah. Cuba kau tanya diri sendiri. Kalau bekas makwe kau datang balik kat kau. Pujuk rayu kau. Kau terima balik tak?”

Kawan : “Mungkin.”

Aku : “Ha, itu engkau, lelaki. Yang dia tu, perempuan. Hati kami perempuan nie lagi lembut. Kalau la bekas pakwe dia datang balik, dengan kata-kata manis, pujuk rayu, kemudian mungkin berjanji nak melamar, kau rasa dia akan terima balik ke tak? Sedang selama dia putus pun, tak habis-habis tulis kat status facebook pasal bekas pakwe dia. Aku pernah dengar satu ayat ; orang akan selalu sebut nama yang dia cintai, walaupun diluar benci ke apa, tapi kalau dah hari-hari sebut, heh, mungkin dia masih cinta. Tipu la tak cinta. Kalau dah selama ni rasa tu kuat, bila dah berpisah makin kuat tau.”

Kawan : “Aku tau. Itu yang aku takut.”

Aku : “Takut kehilangan?”

Kawan : “Yup.”

Aku : “Dia belum lagi jadi milik kau…jangan takut hilang apa yang kau tak miliki.”

Kawan : “Kau tak pernah kena, mana la kau tahu…”

Aku : “Well, terpulang pada kau. Tapi yela, the hardest thing to do, is to watch someone you like, is in love with someone else kan?”

Kawan : “So true.”

Aku : “Hahaha. Dah la jangan buat muka sedih. Doa yang baik-baik untuk dia. Untuk diri kau. Takut kehilangan tu buang masa je. Kau pun belum bercinta dengan dia. Kahwin apatah lagi. Kalau dah kahwin tu lain cerita la. Ingat tak pesan Nabi, al-wahan? Takut mati, cinta dunia. Hah, kau rasa kau kategori mana? Cinta dunia ke, cinta akhirat? Fikir-fikir la sendiri. Dunia ni kita kena letak kat tangan, bukan kat hati. Cinta sesama manusia yang tak pasti ni, dunia je. Jangan letak kat hati.”




JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Monday 4 March 2013

E-Day my bro!



Assalamualaikum guys... hewhew..jumpa lagii.lama dah rasa tak update blog...sumpah rindu.. huk3. ok guys, macam yang korang tengok tajuk post bam hari nie 'E-Day my bro!' 1st of all, bam nak say congrate dekat abang bam yang telah selamat bertunang pada 2 march 2013 yang lepas. Next step tahun depan pulak ye.. huhuhu. Alhamduluillah semua berjalan lancar. Dan yang paling best sekali bile sedara-mara berkumpul ramai-ramai sumpah havoc giler.. hahaha..

Kitaorang start bergerak dari rumah dalam pukul 11 lebih. Kiranya macam berkonvoi macam gitu lahh. Biler kira-kira jumlah kereta lebih dari 15 buah kereta. wow! banyak kan.. hihi..itulah tradisi keluarga kami :) Sesampai nye kami, majlis diteruskan dengan perbincngan mengenai tujuan, tarikh perkahwinan dan jumlah wang hantaran. Alhamdulillah, niat dan tujuan kami diterima dan semua berjalan seperti yang diharapkan.

Soo, tak nak cakap banyak, bam nak kongsi dengan korang sedikit sebnayak suasana dekat sana masa tu.. jom! jom! huhu :D




Antara anak-anak dara yang menjadi 'flower gurls' huhu..





say 'cheese' :D









mini pelamin..comel je..


Sesi menyarung cincin :)







Tahniah kak :D


Untuk pengetahuan korang kan... nama bam gan kakak sama...hahaha.. tapi ada beza sikit je..
Nama bam NOR FARHANAH
Nama kakak SITI NOR FARHANA
 mesti lepas neyh kalau panggil nama 'ana' tuh dua-dua toleh.. :p



Hantaran daripada pihak perempuan

hantaran daropada pihak lelaki

Eh eh, sibuk jugak bam neyh nak bergambar dekat si nie.. hahaha.. bukan apa,nak amek berkat..
mana lah taw lepas neyh giliran bam pulak kan.. :D
Rasanya tu je nak kongsi dengan korang..huhu..nanti ada masa bam update lagi okay :D
daaa...

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI