Saturday 19 October 2013

Pernah?


Pernah tak kau rasa sayang sangat kat seseorang

sampai apa dia buat
apa dia cakap
apa dia fikir
apa dia dengar
apa dia percaya
apa dia suka
apa dia benci
semua kau nak tahu

sampai kau sanggup maafkan apa juga salah dia
kecil, besar, kau sanggup lupakan
sebab nak lupakan salah tu
lebih mudah dari kau pilih 
untuk lupakan dia

sampai dia kau letak paling atas
apa yang lain cakap
apa kanan kiri bisik
kau dengar tapi kau peduli apa
untuk buang dia, mustahil

sampai kau bukan setakat bayangkan
malah kau doakan 
yang di masa depan kau
dah tertulis
dia ada

sampai godaan lain
secantik sekacak mana
tak akan lebih cantik
tak akan lebih kacak
dari dia di mata kau

sampai mampu tertitis airmata kau
kalau dibayang hidup kau
tanpa ada dia
pernah?

p/s: Aku pernah.



salah satu puisi dari Sofa Biru


JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

2 comments:

NJihe.am said...

Salam singgah, live is complicated. studioous.blogspot.com

Unknown said...

done follow you ,hit me back yaa.. http://aqil-ziyad.blogspot.com/