Friday, 11 October 2013

Orang tu, begitu. Kita ni bagaimana?



 "Orang tu pakai baju luar negara. Dia tak tahu, baju tu ada bulu babi. Haram"
        -Kita tak bangun subuh. Sama seperti berselimut dengan kulit babi.

"Orang tu makan dekat restoran tak ada tanda halal. Eeeii.. entah-entah daging tak sembelih"
        -Kita mengumpat. Umpama makan daging saudara yang busuk.

"Orang tu pembunuh. Bahaya!"
        -Kita fitnah orang. Dosanya lebih besar dari membunuh.

"Orang tu penzina tuu. Tiap minggu, kepit anak dara sapa entah"
        -Kita makan riba. Dosa riba paling ringgan adalah seperti berzina dengan mak sendiri.

"Orang tu tolak hudud. Dia kata hudud tak sesuai. Kafir tu!"
        -Kita tak mahu zakat. Kita tak mahu tutup aurat. Kita tak mahu solat. Kita tak mahu puasa, 
         dan lain-lain lagi. Bukankah menolak satu hukum daripada Al-quran, sama saja dosanya 
         dengan menolak hudud?



INTAI-INTAI DOSA ORANG. TAK REFLEKSI DOSA SENDIRI. CUKUPLAH INTAI-INTAI SILAP ORANG. BERDIRI DEPAN CERMIN, DAN PERHATI DIRI SENDIRI.





bambam

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

No comments: