Saturday, 14 September 2013

Putus


Cuba kau ambil getah
getah biasa cukup
yang ikat nasi lemak tu

dah?

Kau letak satu hujung di jari kanan
satu lagi kau letak di jari kiri
kemudian kau tarik keduanya
tarik lagi
lagi
sikit lagi

putus?

samalah percaya aku pada kau
kau regang habis
putus.



Sofa Biru



JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

1 comment:

mawaddah hanaani said...

Sedapnya lagu dekat blog. Apa tajuk lagu ni? Hehe.