Malam itu aku terasa kehilangan.
Sedang dia tidak pernah memberi.
Apa lagi mahu mengambil kembali.
Tangis sembunyi di balik kegelapan.
Pedih sakit tanpa sebab.
Namun cepat diseka air mata.
Lalu aku bertanya pada diri.
"Aku
siapa?"
"Kau siapa?"
"Kita kenapa?"
Dan
setiap persoalan aku jawab sendiri.
Penuh selirat bertambah gentar.
Kini aku tahu.
Mungkin aku sedar.
Aku terlalu bergantung pada manusia.
"Aku
lupa Dia ada."
Menangis
lagi.
Hidup penuh emosi.
Biarkan lelah membanjiri.
Biar aku merangkak mempelajari.
Cara memakna hidup.
"Terima
kasih kerna kau juga telah mengajar."
Senyum.
Ikhlas.
No comments:
Post a Comment