Saturday 28 September 2013

Single

Kau ingat hati tu boleh diubah rasa bila-bila saja?
Kau ingat cinta tu boleh tumbuh dengan sekali hadap dan jumpa?
Kau ingat sayang tu boleh kau ada-adakan suka-suka?

Hidup sendiri bukan pilihan.
Hidup berdua biarpun kita berkehendakkan.
Tetap hanya akan terjadi dengan kehendak Tuhan.
Tetap berlaku bila Tuhan izinkan.
Tetap terjadi bila masanya dah sampai dan disempatkan.

Orang kahwin bukan semata-mata kerana cinta.
Tapi sebab Dia dah tulis jodoh kau dengan dia.
Dia izinkan kau kahwin dengan dia
Itu sebab utamanya.

Dan kau fikir.
Aku tak berusaha?
Hanya kerana kau nampak aku seorang diri.
Tak bermakna kau boleh cakap sesuka hati.
Usaha kita mungkin tak sama erti.

Doa yang aku kirimkan.
Tak akan aku canangkan.
Hanya kerana nak puaskan hati kau.

Usaha aku .
Walau tak seorang pun tahu.
Tapi Tuhan tahu.

Sebab,
Kehendak aku. Keperluan aku.
Yang cukupkan itu semua adalah Tuhan.


cengkih

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Saturday 14 September 2013

Putus


Cuba kau ambil getah
getah biasa cukup
yang ikat nasi lemak tu

dah?

Kau letak satu hujung di jari kanan
satu lagi kau letak di jari kiri
kemudian kau tarik keduanya
tarik lagi
lagi
sikit lagi

putus?

samalah percaya aku pada kau
kau regang habis
putus.



Sofa Biru



JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Biarkan ku luah semuanya

Dikala hari melabuhkan tirainya
Semakin petah si papan kekunci
berkata-II
Menjadi 'wakil' kepada mulut dan hati
yang tidak lagi mampu meluahkan rasa

Aku punya impian,
ingin bersama hingga ke akhirnya
Tak terduga badai melanda,
saat kasih dan sayang bersemi.

Muncul insan ketiga, 
atas sikap dan ketelanjuranmu.
Hebatkah dia?
Lemahkah aku?

Wahai hati,
ku pohon kau sentiasa kuat.
Tapi aku tahu,
ianya tak semudah ABC memujuk
hati yang terluka.

Dada sesak
Hati retak
Mata rabak
Jiwa koyak
Dia atau Aku menjadi pilihanmu?

Satu ku pohon,
aku mahu kau buka mata,
buka mata hati
lihat sekeliling
ingat ketika susah senang kau,
pahit getir kau menjalani kehidupan
siapa yang selalu menghulurkan tangan waktu kau jatuh
siapa yang sentiasa menjadi tulang belakang 
untuk menyokong kau,
siapa yang tak kenal siang malam
untuk bantu kau.
Aku pohon....Aku pohon...

Andai dia,
aku doa agar berbahagia.
Mungkin sebab dah tertulis,
kau bersama dia
Dan penyambung rusuk ini,
akan aku temui satu hari nanti.

Namun jika aku pilihanmu,
aku tetap memaafkanmu,
ikhlas dari hati.

Ya! mungkin akan ada suara
yang berkata aku 'bodoh'.
Biarkan,
mereka tidak rasa apa yang aku rasa.

Hanya 5 kata,
aku sabar kerana aku sayang.


JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Friday 13 September 2013

Tabahkan hatii..Kuatkan semangat



Mulutnya memang selalu ketawa,
Ceria sekali bila melihat bibirnya Selalu mengukirkan senyuman,
 Tapi yang kau lihat itu cuma luaran.
 Cuba kau lihat matanya,
Perhatikan matanya,
Biar tembus sampai ke hati

 Pasti kau akan nampak Ada lara dihatinya,
Ada duka yg cuba disembunyikan,
 Dan pasti kau akan lihat Ada titisan jernih ditubir matanya .
Titisan jernih itulah air mata tangisan
Tangisan sayu yg mampu dilepaskan dimalam hari
Yang pasti akan menambat hati sesiapa pun


Kadang-II terlalu pahit untuk menelan sebuah kenyataan yang meragut seluruh kepercayaan yang telah diberikan.. Aku tahu Allah cuma nak menguji hambanya ini. Tapi terkadang aku terfikir, seolah-olah hanya aku yang diturunkan ujian, hanya aku yang terpaksa menerima dan menelan segala kesakitan yang ada..




Allah... tabahkan hatiku... pinjamkan ku sedikit kekuatan..



Ikhlas..dari aku..

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI