Sunday 24 February 2013

Beza


“Apa beza antara suka dan cinta?” Si gadis bertanya.

Si lelaki melipat helaian akhir novelnya lalu menjawab : “macam apa yang kita rasa pada sekuntum bunga.”

“Terangkan?” Si gadis musykil.

“Kalau kita suka pada sekuntum bunga, kita akan petik bunga tu sebab bunga tu cantik. Tapi kalau kita cintakan bunga tu, kita akan biarkan ia pada dahannya dan sentiasa siram ia agar ia sentiasa segar. Samalah macam manusia. Kalau kita suka pada seseorang, kita akan berusaha untuk miliki dia. Tapi kalau kita cintakan dia, kita akan sabar menanti adakah dia jodoh kita, dan sentiasa mendoakan kebahagiaan dia walau nanti akhirnya dia bukan bersama kita…”

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Tuesday 19 February 2013

Jangan pernah kita lupa!


Apa perasaan kita, bila buah atau bunga yang kita tanam, yang kita jaga, yang kita sayang, tiba-tiba esoknya bila dah ranum, bila dah mekar, ada orang petik, ada haiwan ambik. marah tak? mesti marah sikit. mesti kecewa sikit. mesti sedih sikit. kenapalah susah payah aku jaga, orang lain yang dapat manfaatnya?

Mungkin boleh disamakan macam berperasaan. katakanlah ada seorang yang kita suka, bila dia sedih, kita jadi tempat dia berkongsi kesedihan. kita pun bagi semangat pada dia, kita pun jaga hati dia baik-baik. bila dia dah kembali bersemangat, dah kembali ceria, kembali tenang, tiba-tiba suatu hari, dia jatuh cinta pada orang lain. kecewa tak? mesti kecewa sikit. mesti marah sikit. mesti sedih banyak. kenapa aku yang susah payah jaga perasaan dia, orang lain yang dapat meraih cinta dia?

Tarik nafas. sebut nama Allah sejenak. pejam mata.

Kita lupa sesuatu yang penting kat sini. bunga dan buah yang kita tanam tu, tanahnya milik siapa? orang yang kita sayang dan jaga perasaannya tu, hatinya siapa yang pegang?

Tak ada yang lain kecuali Allah, pemilik segala apa yang ada dilangit dan dibumi.
Jadi ikhlaslah dalam berbuat kebaikan. mungkin Allah nak ajar sesuatu. Allah nak kita tahu tak semua yang kita harap akan jadi kenyataan. Allah nak kita tahu tanpa keihklasan segala perbuatan akan mendatangkan penat lelah. Allah nak kita tahu yang indah di dunia itu sementara. Allah nak kita tahu takdir tetap milik DIA walau impian itu milik kita.

Maka berlapang dadalah. sesuatu yang akan jadi milik kita, walau sukar mana pun, kalau Allah kata jadi milik kita, pasti akan jadi milik kita akhirnya. tapi kalau sesuatu tu bukan milik kita, walau datangnya sesenang apa pun, kalau Allah kata takkan jadi milik kita, maka tak akan pernah jadi milik kita.


Ikhlaslah. Ikhlas itu melegakan! :)

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Wednesday 13 February 2013

I'm Just Saying



Saya mahu berkahwin dengan orang yang know my right as a woman and as a wife. Yang include me in a part of a big decision making. Yang boleh dibawa berbincang.

Saya mahu berkahwin dengan orang yang boleh membimbing saya ke jalan Allah. Yang boleh membuat diri saya lebih dekat dengan Allah. Yang sentiasa menegur dengan baik bila kesalahan dilakukan.

Saya mahu berkahwin dengan orang yang tahu jaga maruah isterinya. Yang senantiasa menghargai segala usaha kerja isterinya. Yang memahami akan isterinya.

Bukan dengan orang yang pandang perempuan ni lemah. And use that “I’m your husband. Disobey me and you’ll sin” power. And treat us more like a slave rather than their life partner.

I'm sorry...I’m just saying.

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI