1.Doa
wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat
daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab
baginda: “Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak
akan sia-sia”.
2.Semua
orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan
datang sendiri kepada wanita yang memelihara auratnya iaitu memakai purdah di
dunia ini dengan istiqamah.
3.Wanita
yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 70 orang lelaki yang soleh.
4.Seorang
wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali.
5.Seorang
wanita jahat adalah lebih buruk dari daripada 1000 lelaki jahat.
6.Wanita
yang menguli tepung dan gandum dengan Bismillah, Allah akan berkati rezekinya.
7.Wanita
yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti menyapu lantai
di Baitullah.
8.Wanita
yang memerah susu binatang dengan Bismillah akan didoakan oleh binatang itu
dengan doa keberkatan.
9.Barang
siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang
senantiasa menangis karena takut akan Allah dan orang yang takut akan Allah
diharamkan api neraka atas tubuhnya.
10.Barang
siapa yang membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah) lalu diberikan
kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan
anak perempuan daripada anak lelaki.Maka barang siapa menyukai anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
11.Barang
siapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak
perempuan atau dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan
dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta
bertanggungjawab, maka baginya adalah Syurga.
12.Daripada
Aisyah “Barang siapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya,
lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
daripada api Neraka.
13.Surga
itu dibawah telapak kaki ibu.
14.Apabila
kedua ibu dan bapamu memanggil, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
15.Wanita
yang taat berkhidmat kepada suaminya, akan tertutup pintu Neraka dan terbuka
pintu-pintu Syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki tanpa
dihisab.
16.Wanita
yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di
langit, matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat
kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.
17.Perempuan
apabila solat 5 waktu, puasa Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan
suaminya, masuklah dia dari pintu Syurga mana saja yang dia kehendaki.
18.Wanita
yang melayani dengan baik suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih
akan mendapat pahala jihad.
19.Jika
wanita melayani suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
20.Aisyah
r.a berkata “Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita? Jawab baginda, “Suaminya”.“Siapa pula berhak terhadap lelaki?”
Jawab Rasulullah “Ibunya”.
21.Setiap
perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah S.W.T
memasukkan dia ke dalam Syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10000 tahun).
22.Wanita
yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya
dengan kasih sayang, akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.
23.Jika
wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas, jika
wanita memicit suami bila disuruh akan mendapatkan pahala 7 tola perak.
24.Wanita
yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki Syurga.
25.Jika
suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadah.
26.Wanita
yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian
menjaga adab rumah tangganya akan masuk Syurga 500 tahun lebih awal daripada
suaminya, akan menjadi ketua 70000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan
dimandikan di dalam Syurga dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang
dibuat daripada yakut.
27.Apabila
seorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para
malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000
kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan
.
28.2
rakaat solat wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat
wanita yang tidak hamil.
29.Wanita
yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada siang hari.
30.Wanita
yang hamil akan mendapat pahala berpuasa pada malam hari.
31.Apabila
seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan
baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah SWT.
32.Wanita
yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap
kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.
33.Apabila
seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti
keadaan ibunya melahirkannya.
34.Sekiranya
wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati
syahid.
35.Apabila
telah lahir anak lalu disusuinya, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan
daripada susunya diberi satu kebajikan.
36.Jika
wanita menyusui anaknya sampai cukup waktu (2 1/2 tahun), maka
malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa Syurga wajib baginya.
37.Jika
wanita memberi susu badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi
pahala satu tahun solat dan puasa.
38.Wanita
yang memberi minum susu kepada anaknya daripada badannya akan dapat satu pahala
daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.
39.Apabila
semalaman (ibu) tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT
memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk
membela agama Allah SWT.
40.Wanita
yang tidak cukup tidur pada malam hari karena menjaga anak yang sakit akan
diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia menghiburkan
hatianaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadah.
41.Wanita
yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah S.A.W)
di dalam syurga