Wednesday, 26 November 2014

Wordless Wednesday





Soon :)
Alhamdulillah


JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Sunday, 9 November 2014

Di pantai itu


Aku berpeluang jejak kaki di sini.
Rinduku berlabuh di pantai ini.
Melihat gagahnya sang ombak menghempas pantai,aku bisa tersenyum.
Melihat tetapnya pantai di sini,aku tersenyum lagi.

Pantai dan aku,satu. Kerana dia mengajar aku menjadi penunggu yang setia.
Ombak dan aku,juga satu. Kerana dia mengajar aku menjadi tegar dengan ujian.

Saat angin malam di pantai itu menyapa pipi,aku tenang.
Mendengar bunyi deruan ombak bersama bau pantai,aku tersenyum.

Duhai pantai,
Duhai ombak,
Kita pernah punya cerita.Cerita kita belum berpenghujung.
Biar saja Dia yang tentukan.
Dan aku tinggalkan cerita rinduku di sini,
Bersamamu duhai pantai dan ombak.
Duhai ombak,bawa rinduku bersamamu.
Biar sampai padanya.
Semoga ke temu lagi..pantai..ombak






JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Monday, 6 October 2014

OFFICIALLY 22

Alhamdulillah.. on october 4 officially been 22 years old.. Yeahhhh.. I'm a big girl now.
Terima kasih untuk semua doa doa kalian yang tak putus putus.

Walaupun tak ada celebration party yang gempak gempak macam orang lain.
Walaupun tak ada surprise delivery macam orang lain.
Walaupun tak de wish dari yang konon nye mengaku kita nie BFF dy.

But I'm happy.
Honestly I'm happy
:D

Happy when precisely at 12 am my family nyanyi lagu 'Happy Birthday' ditambah pulak masa tu kakak beraya dekat sini dengan anak anak dy.
I'm happy
:D

Tepat pukul 12 am bertambah happy lagi bila dapat wish from him. Honestly i thought you forgot my birthday. But he wasn't :D
"Mana boleh boleh lupa" katanyaaa...
Thank youuuu.
I'm happy 
:D

Berganda happy bila my bestfriend forever send voice note menyanyi 'Happy Birthday' sambil petik gitar. Allahu.. I'm speechless. terharu sangat.
Thank youuuu.
I'm happy
:D

Thanks again to him because taking me out on my birthday. Thanks for the gift.
You're surprised me. Happy girl in the world..hahaha.
Thank youuuu.
I'm happy
:D

Then on that night i got surprise from my family. Thanks for the cake Awwhhh... Rasa nak nangis.
Thanks abah, abang, kak ima, kakak, aman, kak siti and my nephew.
Thank youuuu.
I'm happy
:D

Thanks jugak dekat semua yang wish trough Whatsapp, Insta.
Ana hargai sangat sangat atas ingatan dan doa kalian

Tapi jauh dekat sudut hati sedih sangat bila mama tak ada on my birthday.
Wish you were here mama.
But never mind, we will celebrate again when you're coming home soon.




JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Saturday, 30 August 2014

MUSIM HAJI

Holla holla.. mood mengupdate blog kembali bertandang dan idea kembali datang mencurah curah di sanubariku.. cewahhh!! hahaha.. Ingatkan nak update blog semalam, tapi disebabkan kepenatan dan ketandusan idea maka terhasilah sebuah entry untuk hari nie.. hihi..

Okay guys, entry untuk kali nie its about my mum :D Look at the title 'Musim Haji'. yess.. Musim raya dah berlalu kini tiba pula musim haji bertandang. Alhamdulillah untuk musim haji kali ini mama merupakan salah seorang jemaah yang yang berpeluang untuk mengerjakan rukun Islam kelima di Tanah Suci bagi musim haji 2014/1435. Alhamdulillah. Untuk sebarang maklumat pasal musim haji tahun ni boleh tengok dekat sini.

Ramai yang dok tanya kenapa mama pegi sorang kenapa tak dengan abah. Sebenarnya abah dah pegi haji dulu dah dengan nenek. Waktu abah pegi tu masa aq tadika lagi. So untuk kali ni mama pegi dengan abang dy beserta isteri merangkap pakcik n mak cik aq lerr.. Mama dijangka berada dekat sana selama 47 hari n kepulangan mama yang sangat dinanti nanti adalah pada 14 October 2014.. sobs sobs...lama kan kan kann.. Actually, aq tak pernah jauh dengan mama lama macam nie. Paling lama pon lebih kurang 2 minggu je masa mama dengan abah pegi umrah hari tu. Allahu, rinduu sudahhh :(

Tarikh penerbangan mama 29 Ogos 2014 hari tu... so kitaorang semua berkumpul dekat Kompleks Tabung Haji Klana Jaya khamis malam tu 28 Ogos 2014. Meh sini meh nak belanja gambar sikit

















I have one happy family at home :D



Lepas selesai semua urusan pendaftaran dan pengambilan kad haji now its time to say good bye to my mum. :( i will miss you damn much mama.. I surely know there must Allah take care care of you. Wishing you all the best. Simplified command there and safe return. Fihifzillah.




Just saw at twitter Tabung Haji they mention KT09(my mum flights) was safely arrived at Hotel in Madinah and yesterday also i got calling from my mum around 4pm at Malaysia (Madinah around 11 am). So happy can hear her voice. Alhamdulillah.








JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Sunday, 24 August 2014

KECEWA ITU MENGANUGERAHKAN KU SESUATU


Aku bukan budak sastera, tapi aku memang suka menulis, menulis sesuatu dari hati. Mungkin suatu hari nanti bila aku kembali membaca tulisan ini, aku akan berkata, "terima kasih unuk rasa ini, terima kasih untuk ujian ini, terima kasih untuk dugaan ini, terima kasih untuk segalanya Allah".

Terima kasih jugak kerana hadirkan mereka mereka disekeliling yang sentiasa ada sebagai tulang belakang untuk menyokong, memberi kata kata semangat saat diri merasa berada ditahap yang paling bawah.




Mereka lah nyawa.. mereka lah kesayangan hati hamba. Kasih sayang yang sungguh tak ternilai yang kau kurniakan Ya Allah. Bersyukur berada dalam keluarga penuh dengan kasih sayang. Alhamdulillah.


























































































Mereka lah antara orang orang yang terpenting dalam hidup aku. Terima kasih atas segala jasa budi kalian..tak terbalas rasanya. Terima kasih Allah. Kau jagakan mereka yang aku sayang.


Terima kasih untuk kenangan, pengalaman dan dugaan semalam. Berpaksikan janji Allah aku masih mampu berdiri lagi hari ni. Apa yang berlaku adalah pelajaran untuk aku jadi yang lebihkuat. Pelajaran untuk aku menjadi seorang yang tidak lagi hidup hanya melebihkan orang lain dari Allah dan keluarga. Alhamdulillah masih diberi kesempatan untuk mendekatkan diri dengan Allah. Syukur!

Dear haters out there, listen here!

I'm over it. Everything. I dont care if someone doesn't like me. I'm just me. And if they have a problem with that, then there's not much that i can do. I'm sick of most of the people around here. I'm just going to be more careful about who i let inside and trust. Because i certainly can't trust everyone.

Aku menulis apa yang aku rasa. Sebab aku tak mampu nak luahkan secara terbuka. Berbeza dengan kau yang begitu berani mencanang itu ini, membuka aib tentang orang lain. Bercerita keburukan orang lain tanpa sikit pon tengok pada diri sendiri.

Manusia. Cuma tahu menghukum. Cuma tahu menilai. Cuma tahu bersangka buruk. Memandang hina pada pendosa. Memandang hina pada si jahil sedang diri sendiri masih banyak cacat celanya yang tidak kau nampak dan sedari.






Perancangan Allah itu adalah yang terbaik. Apa yang Allah duga sekarang menentukan siapa kita dikemudian hari. Untuk segala rasa suka dan tidak suka, pasti ada sesuatu Allah mahu ajarkan.

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Tuesday, 15 July 2014

PESANAN UNTUK KAU!





Kalau benar namanya ISLAM. 

Takkan kau menyebarkan fitnah yang kau belum pasti kesahihannya. 
Islam, kau tahu azab org menfitnah ni. 

Tapi kenapa harus kau masih sebarkan fitnah? Bukan kah kau islam? Kau belajar ilmu agama. Insaflah wahai adam..

Berhenti sebok mencari kesalahan org.
Berhenti sebok mencari kekurangan orang
Berhenti tentukan dosa pahala orang.

Aku juga manusia.
Ada hati, ada perasaan.
Aku bukan maksum

Kau akan tahu BETAPA PERITNYA SEKIRANYA KAU YANG BERADA DITEMPAT AKU.

Difitnah, dikatanya jijik, dikatanya takda maruah,dikatanya hipokrit, dikatanya hanya baik di alam maya.
Tapi itulah, hakikat manusia akhir zaman.

Mempercaya benda yang belom sahih.
Mempercaya apa yang org cakap lebih dari diri org itu sendiri.
Menasihati secara memaki.

Jika kesalahan aku membuat kau begitu memandang aku hina.

Aku mohon maaf

Mungkin maruah aku jatuh disebabkan fitnah tu.

Tak apalah, Allah tahu niat aku.

Moga kau merasa berada ditempat aku, walau sesaat.

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Wednesday, 18 June 2014

Alhamdulillah


  Ini bukan kali pertama.

  dah banyak kali sangat.

Tapi ini kali pertama aku rasa lebih tenang. Tenang menghadapi hari hari tanpa kamu.
Mungkin Allah sedang perkenankan doa aku agar kuat untuk menerima hakikat ini adalah takdirnya.
Mungkin ini bukan kali pertama tapi kali terakhir yakni tak akan berulang lagi seperti sebelum ini.
Sejujurnya aku takut untuk kehilangan kamu.Sangat...tapi akhirnya, hari ini aku perlu menerima hakikat kamu takkan kekal bersama aku.
Dan mungkin sebab itu lah aku berpura pura kuat pada mulanya, dan akhirnya aku rasa redha itu dah mula aku pupuk.
Cuma aku tak kuat lagi untuk mendegar apa saja tentang kamu walaupun hanya nama.
Moga Allah benar benar jauhkan apa saja tentang kamu dari aku agar aku cukup kuat untuk menerima hakikat ini.

  Ya. jika itu yang terbaik untuk kita. tapi kalau masih 
  ada peluang dariNYA untuk kita, aku terima.


  Alhamdulillah. 


  Allah Maha Mengetahui 
  moga segala galanya dalam redhaNYA. 
  fi hifzillah :’)

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Tuesday, 17 June 2014

Harapan


Lalu disampaikan keluhan pada seluruh pendengar setianya;

"Tak apa, kalau ada jodoh ada lah.."

Sungguh dalam hatinya itu punya sejuta kemahuan untuk tidak mahu pergi, tapi sayang sungguhpun bersama, wujudnya dia tidak dimengerti.

Bila rasa itu menyatu,
segala sulit itu adalah memahami.

Bila hilang rasa itu,
Aku ini siapa sebenarnya untukmu?

Setiap pemergian, semestinya sakit. Sedayanya kita cuba untuk move on, alhamdulillah berhasil.  
Tapi lebih sakit bila sudah pergi, datang lagi dengan alasan;

"I sayangkan you.."

Lalu,
kita terima lagi.
pada rasa keyakinan itu. 

Sebenarnya, kita selalu banggakan dengan usia relationship yang bertahun. Kalau ditanya, kau sudah berapa lama dijawab;

"4 tahun.."

Tapi adakah setiapnya itu kita rasa bahagia pada jalan yang bertahun? Lalu kita selalu mempertahankan dengan;

"Sayang"

Sampai bila-bila pun kita masih lagi mengharap dengan satu ungkapan;

"Jodoh.."

Hanya kerana kita punya satu perasaan;

"Sayang"

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Tadi punya cerita


** Time aku dok tengok astro oasis part live dari Masjidilharam. Alaa.. yang lg berapa minit nak azan maghrib tu. Pernah tengok?? huhu

Mama : tak lama lagi mama nak pegi sana. Doakan mama ye dik.

Me : Eh, mestilah. Mama pon doakan ana taw. Doakan ana cepat kawen.hahaha.

Mama : Apa?

Me : Hehehe.. Doakan ana cepat kawen.

Mama : Dah ada calonnya ke belum?

Me : Calonnya ramai. Hehehe.

Mama : Habis tu dengan yang mana satu kau selesa?

Me : Hurm.. Yang ana selesa dah pergi..

Mama : Siapa?

Me : Ala..budak sungai besar tu. Tapi kitaorg still kawan. Kadang-kadang tu keluar makan sama-sama.

Mama : Tak pelah dik, orang dah tak nak kita. Tak payah harap sangat dah. Nanti kau bersungguh-sungguh
             tunggu dia, tapi rupanya dia main-main je dengan kau.

Me : Hurmm..Entah lah ma. Lagipun dia tengah belajar lagi. Lama lagi nak habis. Ana pon malas nak fikir.

Mama : Kalau pakdeh(pak cik) dengan bokdeh (mak cik) carikan kau nak tak? Diaorang kata carikan je
            untuk kau cepat-cepat. Biar budak dekat ofis tu dah tak kacau kau.

Me : Errk. Ikut lah mana yang mama rasa terbaik. Ana ikut je.

Mama : Ha..yelah yelah.




Bila dengan mama semua benda aku berani cerita. Hehe.You are the best  Mama. I love you.




JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Saturday, 12 April 2014

Allah..andai saya pergi


biarlah saya pergi apabila segala perkara telah selesai.
andai saya pergi, izinkan saya diingati dengan kebaikan yang saya tinggalkan…
andai saya pergi, izinkan semua mengingati saya lalu mendekatkan mereka kepada Mu Allah…
andai saya pergi Allah, ambillah diri ini dalam keadaan iman yang terbaik. dalam keadaan dan saat , saya bersedia untuk bertemuMu Allah…

saya sayang keluarga.. kawan-kawan kerana Allah.. saya ingin mereka mendekatiMu… saya mungkin tak mampu mengajak. tapi izinkanlah dengan melihat dan mengingati saya,
membuatkan mereka mengingati dan mendekatiMu Allah…

Allah… andai tinggal aku di dunia ini, semakin bertambah dosaku,
Allah.. ambillah diriku… ujian dunia ini sangat hebat.. jangan Kau biarkan diri ini walau seketika.. tanpaMu aku hina. terlalu hina Allah…

Allah.aku tak ingin kecewakan sesiapa. aku tak ingin melukakan sesiapa…aku juga tidak ingin menganggu sesiapa jika aku tak mampu menjaga ini, Kau ambillah diri ini. andai ini yang terbaik.

Allah… ambillah nyawa ini, disaat iman ku berada di kemucak. kerana aku takut, aku kembali lagi kepada yang lama. aku takut berjauhan denganMu Allah…… moga diri ini tabah dan kuat. untuk hadapi setiap ujian. dan dikurniakn pengakhiran yang baik. Amiin

andai saya pergi. sudilah maafkan salah silap saya yang terlalu banyak. doakan saya… jangan tangisi.. kerana ini memang impian saya. bila semua telah selesai, biarlah Allah ambil saya.
dalam keadaan iman saya terbaik.


JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

short entry


Kadangkala kita tengok si dia macam kuat dan tabah, tapi kita tak tahu yang dia sebenarnya dah koyak rabak.

Tulang-tulangnya dah habis lunyai, tiada kudrat yang berbaki. 


Tetapi mengapa dia masih berdiri? Kerna keyakinannya pada Allah, menjadi roh yang mengangkat tubuhnya, jauh lebih tinggi daripada kita semua. 


Jadi, usah mendabik dada. Baru kaki kejang sikit, dah melalak tak henti-henti.


Tapi kalau orang yang kakinya kena baham dengan harimau, dia tetap kena bergerak ke hospital sebelum dia mati kehabisan darah.

 Nampak tak apa permainannya?

Yang disangka ‘tempang’, kadangkala adalah yang paling tabah sebenar-benarnya."


JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Wednesday, 2 April 2014

Keep going and do not give up


One day a young lady was driving along with her father. They came upon a storm, and the young lady asked her father, “What should I do?”
He said “keep driving”.

Cars began to pull over to the side, the storm was getting worse.
“What should I do.” The young lady asked.
“Keep driving,” her father replied.

On up a few feet, she noticed that eighteen wheelers were also pulling over. 
She told her dad, “I must pull over, I can barely see ahead. It is terrible, and everyone is pulling over!”
Her father told her, “Don’t give up, just keep driving!”

Now the storm was terrible, but she never stopped driving, and soon she could see a little more clearly.
After a couple of miles she was again on dry land, and the sun came out.

Her father said, “Now you can pull over and get out.” She said “But why now?” He said “When you get out, look back at all the people that gave up and are still in the storm, because you never gave up your storm is now over”.

This is a testimony for anyone who is going through “hard times”.

Moral: Just because everyone else, even the strongest, gives up, you don’t have to. If you keep going, soon your storm will be over and the sun will shine upon your face again.

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Sunday, 23 March 2014

muslimah itu




Terkadang gelak kuat tak henti-henti,
Terkadang juga minum berdiri,
Terkadang sebelum tidur terlupa baca doa dan ayat Kursi,
Terkadang pakai stoking mula dari kaki kiri,
Terkadang aci redah sarung kasut orang lain tanpa di sedari.
Muslimah itu,
Terkadang gembira sampai terlompat terkinja sambil senyum tayang gigi,
Terkadang air matanya menitis laju tak terperi,
Terkadang rasa lemah sampai tak mampu nak bangun-bangun lagi,
Terkadang rasa marah menguasai diri,
Sampai rasa nak lempang orang tu laju-laju without mercy.
Muslimah itu,
Adalah manusia biasa,
Yang tak lari dari segala bagai perasaan sebagai manusia,
Yang tak lari dari segala macam ujian dan pancaroba,
Yang tak lari dari perasaan lemah dan tak bermaya,
Yang tak lari dari buat khilaf salah dan dosa
Kerana apa?
Kerana dia juga manusia biasa.
Apa-apa pun,
Yang pastinya,
Muslimah itu,
Sentiasa bangkit bila terjatuh,
Sentiasa cuba gembirakan orang lain walau hatinya sendiri remuk,
Sentiasa cuba untuk improve diri,
Dari semasa ke semasa tanpa henti,
Walau terkadang dia tersungkur,
Itu bukan kerana dia lemah,
Tapi itu kerana dia cuba ambil masa untuk bangkit semula,
Jadi kuat dari sebelumnya,
Kerana dia berusaha,
Untuk menjadi bidadari dunia,
Dan juga di akhirat sana

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Sunday, 12 January 2014

kalau saja..


Kalau kau ambil pisau belah dada ni, kau akan nampak buruknya hati aku ni. Terkoyak sana-sini, berparut, berdarah dan… sakit. Aku nak tengok sendiri pun tak sanggup.

Hati ini pernah disakiti. Memulihnya memperuntukkan masa yang bukan sedikit. Aku ubat dengan susah payah kau tahu tidak? Aku tak bisa hadirkan kepercayaan pada sesiapa walau sekelumit, malah pada kau.

Kalau saja kau tahu bagaimana susahnya aku belajar untuk percaya pada orang setelah pernah dikhinati, belajar untuk hargai orang setelah pernah disia-siakan… Aku pasti kau akan turut menangis.

Jadi, tolong faham aku.

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI