Saturday, 12 April 2014

Allah..andai saya pergi


biarlah saya pergi apabila segala perkara telah selesai.
andai saya pergi, izinkan saya diingati dengan kebaikan yang saya tinggalkan…
andai saya pergi, izinkan semua mengingati saya lalu mendekatkan mereka kepada Mu Allah…
andai saya pergi Allah, ambillah diri ini dalam keadaan iman yang terbaik. dalam keadaan dan saat , saya bersedia untuk bertemuMu Allah…

saya sayang keluarga.. kawan-kawan kerana Allah.. saya ingin mereka mendekatiMu… saya mungkin tak mampu mengajak. tapi izinkanlah dengan melihat dan mengingati saya,
membuatkan mereka mengingati dan mendekatiMu Allah…

Allah… andai tinggal aku di dunia ini, semakin bertambah dosaku,
Allah.. ambillah diriku… ujian dunia ini sangat hebat.. jangan Kau biarkan diri ini walau seketika.. tanpaMu aku hina. terlalu hina Allah…

Allah.aku tak ingin kecewakan sesiapa. aku tak ingin melukakan sesiapa…aku juga tidak ingin menganggu sesiapa jika aku tak mampu menjaga ini, Kau ambillah diri ini. andai ini yang terbaik.

Allah… ambillah nyawa ini, disaat iman ku berada di kemucak. kerana aku takut, aku kembali lagi kepada yang lama. aku takut berjauhan denganMu Allah…… moga diri ini tabah dan kuat. untuk hadapi setiap ujian. dan dikurniakn pengakhiran yang baik. Amiin

andai saya pergi. sudilah maafkan salah silap saya yang terlalu banyak. doakan saya… jangan tangisi.. kerana ini memang impian saya. bila semua telah selesai, biarlah Allah ambil saya.
dalam keadaan iman saya terbaik.


JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

No comments: