Tipulah..Bila
mulut cakap tak sakit, padahal hati rasa nak gugur bila ditinggalkan oleh orang
yg kita sayang..
Tipulah
..Bila tiap-tiap hari simpan niat dalam diri yang kita akan lupakan
dia..padahal dia jugak yang muncul dalam kotak memori bersama dengan kenangan
yang ada..
Tipulah..Bila
kita cakap tak nak kisah pasal dia..dan akhirnya dia juga yang kita kisah dan
cuba ambil tahu kehidupan dia macam mana..
Tipulah..Bila
diri ni pernah simpan niat,bahawa kita takkan pernah menangis kerana dia..dan
akhirnya dia juga yg kita tangisi..
Serius..diri
ni pernah rasa semua tu..pernah rasa saat-saat sakit sampai demam bila
ditinggalkan..
Pernah
rasa semangat dalam diri ni hilang seperti hilangnya dia dari hidup ni..
Tapi
..Sungguh Allah itu Maha hebat..disaat diri ni rasa kehilangan..Dekat Dia juga
diri ni menangis dan memohon supaya ditarik rasa sakit dihati ni..
Dekat
Dia juga diri ni mohon sungguh-sungguh ..banyak-banyak kali..supaya dihilangkan
beban kecewa dihati ni..
Dekat
Dia juga,diri ni berdoa supaya dibantu diri hambaNya yang lemah ini supaya
redha atas kehilangan dia agar Allah
juga redhai perjalanan hidup kita..
Dan..setiap
kali itulah..rasa ditiup semangat dan kata-kata dalam diri ni..bahawa ada orang
lain lagi susah daripada ku..lagi sedih hidupnya daripada ku..Dan setiap kali
itu juga diri ni dapat rasa..akal fikiranku seperti menasihati supaya Bersabar
dan Redha atas apa jua ketentuan dan takdir yang sudah lama Allah tetapkan.
.
Dan
makin lama,diri ni mula memahami..mula menjadi lebih kuat..mula belajar senyum
dengan ikhlas…mula menyimpan azam menjadi muslimah yang lebih baik..dan mula belajar
melepaskan dia..
Sungguh
memang diri ni faham..sangat-sangat faham hati memang sakit bila ditinggalkan
orang yang kita sayang..Tapi selalu mesti ada sebab..Selalu mesti ada hikmah
Allah nak tunjuk..Selalu mesti ada benda Allah nak ajar..Bersyukurlah atas
nikmat lain yang masih kau miliki..
Kalau
diikutkan masih banyak nikmat yang Allah dah bagi..diberi mata supaya dapat
melihat keindahan ciptaan Allah yang maha hebat..diberi hidung supaya dpat
menghirup nafas segar milik Allah yang sangat menyenangkan hati..dan banyak lgi
nikmat lain yang Allah bagi secara PERCUMA!
Maka,
Pandanglah
pada hikmahnya atas kehilangan..bukan kesedihannya..
Pandanglah
pada manisnya kehilangan..bukan pahitnya..
Berdoalah
yang baik-baik kepada dia..bukannya makian..Allah pasti menggantikan yang lebih
baik daripada dia..Yakinlah kepada Allah ..
Jangan lupa..jadilah hamba Allah yang lebih baik
akhlaknya,imannya,taqwanya..sebab lelaki yang baik
utk wanita yang baik..begitu juga sebaliknya .. :)
1 comment:
BetuL tu,..
Post a Comment