Wednesday, 18 June 2014

Alhamdulillah


  Ini bukan kali pertama.

  dah banyak kali sangat.

Tapi ini kali pertama aku rasa lebih tenang. Tenang menghadapi hari hari tanpa kamu.
Mungkin Allah sedang perkenankan doa aku agar kuat untuk menerima hakikat ini adalah takdirnya.
Mungkin ini bukan kali pertama tapi kali terakhir yakni tak akan berulang lagi seperti sebelum ini.
Sejujurnya aku takut untuk kehilangan kamu.Sangat...tapi akhirnya, hari ini aku perlu menerima hakikat kamu takkan kekal bersama aku.
Dan mungkin sebab itu lah aku berpura pura kuat pada mulanya, dan akhirnya aku rasa redha itu dah mula aku pupuk.
Cuma aku tak kuat lagi untuk mendegar apa saja tentang kamu walaupun hanya nama.
Moga Allah benar benar jauhkan apa saja tentang kamu dari aku agar aku cukup kuat untuk menerima hakikat ini.

  Ya. jika itu yang terbaik untuk kita. tapi kalau masih 
  ada peluang dariNYA untuk kita, aku terima.


  Alhamdulillah. 


  Allah Maha Mengetahui 
  moga segala galanya dalam redhaNYA. 
  fi hifzillah :’)

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Tuesday, 17 June 2014

Harapan


Lalu disampaikan keluhan pada seluruh pendengar setianya;

"Tak apa, kalau ada jodoh ada lah.."

Sungguh dalam hatinya itu punya sejuta kemahuan untuk tidak mahu pergi, tapi sayang sungguhpun bersama, wujudnya dia tidak dimengerti.

Bila rasa itu menyatu,
segala sulit itu adalah memahami.

Bila hilang rasa itu,
Aku ini siapa sebenarnya untukmu?

Setiap pemergian, semestinya sakit. Sedayanya kita cuba untuk move on, alhamdulillah berhasil.  
Tapi lebih sakit bila sudah pergi, datang lagi dengan alasan;

"I sayangkan you.."

Lalu,
kita terima lagi.
pada rasa keyakinan itu. 

Sebenarnya, kita selalu banggakan dengan usia relationship yang bertahun. Kalau ditanya, kau sudah berapa lama dijawab;

"4 tahun.."

Tapi adakah setiapnya itu kita rasa bahagia pada jalan yang bertahun? Lalu kita selalu mempertahankan dengan;

"Sayang"

Sampai bila-bila pun kita masih lagi mengharap dengan satu ungkapan;

"Jodoh.."

Hanya kerana kita punya satu perasaan;

"Sayang"

JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI

Tadi punya cerita


** Time aku dok tengok astro oasis part live dari Masjidilharam. Alaa.. yang lg berapa minit nak azan maghrib tu. Pernah tengok?? huhu

Mama : tak lama lagi mama nak pegi sana. Doakan mama ye dik.

Me : Eh, mestilah. Mama pon doakan ana taw. Doakan ana cepat kawen.hahaha.

Mama : Apa?

Me : Hehehe.. Doakan ana cepat kawen.

Mama : Dah ada calonnya ke belum?

Me : Calonnya ramai. Hehehe.

Mama : Habis tu dengan yang mana satu kau selesa?

Me : Hurm.. Yang ana selesa dah pergi..

Mama : Siapa?

Me : Ala..budak sungai besar tu. Tapi kitaorg still kawan. Kadang-kadang tu keluar makan sama-sama.

Mama : Tak pelah dik, orang dah tak nak kita. Tak payah harap sangat dah. Nanti kau bersungguh-sungguh
             tunggu dia, tapi rupanya dia main-main je dengan kau.

Me : Hurmm..Entah lah ma. Lagipun dia tengah belajar lagi. Lama lagi nak habis. Ana pon malas nak fikir.

Mama : Kalau pakdeh(pak cik) dengan bokdeh (mak cik) carikan kau nak tak? Diaorang kata carikan je
            untuk kau cepat-cepat. Biar budak dekat ofis tu dah tak kacau kau.

Me : Errk. Ikut lah mana yang mama rasa terbaik. Ana ikut je.

Mama : Ha..yelah yelah.




Bila dengan mama semua benda aku berani cerita. Hehe.You are the best  Mama. I love you.




JANGAN LUPA TINGGALKAN JEJAK KORANG DEKAT SINI