Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan
pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan dirimu tidak mencintainya
Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia
hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaannya.
Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua
yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.
Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya
terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati, kelak bimbang
dirinya menaruh hati padamu.
Jangan sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya.
Sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.
Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana
segala kekayaan akan lenyap dan musnah.