Wednesday, 26 November 2014
Sunday, 9 November 2014
Di pantai itu
Aku
berpeluang jejak kaki di sini.
Rinduku
berlabuh di pantai ini.
Melihat
gagahnya sang ombak menghempas pantai,aku bisa tersenyum.
Melihat
tetapnya pantai di sini,aku tersenyum lagi.
Pantai
dan aku,satu. Kerana dia mengajar aku menjadi penunggu yang setia.
Ombak dan
aku,juga satu. Kerana dia mengajar aku menjadi tegar dengan ujian.
Saat
angin malam di pantai itu menyapa pipi,aku tenang.
Mendengar
bunyi deruan ombak bersama bau pantai,aku tersenyum.
Duhai
pantai,
Duhai
ombak,
Kita
pernah punya cerita.Cerita kita belum berpenghujung.
Biar saja
Dia yang tentukan.
Dan aku
tinggalkan cerita rinduku di sini,
Bersamamu
duhai pantai dan ombak.
Duhai
ombak,bawa rinduku bersamamu.
Biar
sampai padanya.
Subscribe to:
Posts (Atom)